Nasib seorang juruteknik komputer

nape kadang2 aku tak suka menjadi seorang juruteknik komputer


“rapidshare tu apa bang?kawan saya kata tempat download lucah iyer ke?”

“taklah, rapidshare tu saudara jauh puaka nyiang rapik”

Menjadi seseorang yang digelar juruteknik komputer amatlah merugikan aku dari segi masa (dan duit).

ini adalah kerana

  1. Komputer tak pernah tidur dan sentiasa bekerja(bersama masaalah)
  2. Masalah teknikal komputer selalu datang dengan tiba-tiba
  3. Banyak masa terbuang untuk mengenal pasti masalah komputer
  4. Satu masalah, satu masa, satu waktu.kau hanya boleh tumpu pada satu masalah sahaja pada satu masa.
  5. setiap pengguna komputer mahu masaalah mereka selesai dengan sekelip mata

Image Hosted by ImageShack.us

Sebab itu aku tak menyukainya selain dari bayaran yang kurang memuaskan.

antara benda bodoh yang aku kurang suka untuk membantu

  • mengisi perisian cetak rompak (!)
  • membezakan kualiti AMD berbanding Pentium
  • mendapatkan bahan porno untuk pemilik komputer.(termasuk mengajar mereka cara untuk menyembunyikan bahan porno didalam storan komputer)
  • Semua orang ingat aku hebat padahal pengetahuan intranet aku pun sangkut juga.

tak percaya?cuba kalau kau pergi kenduri keramaian dan bila orang tanya kau kerja apa, jawap ringkas “saya bekerja sebagai juruteknik komputer“.selepas itu tengok dan lihat berapa ramai orang akan datang beratur bertanyakan masalah komputer mereka( dan ada pula mahu kau baiki komputer mereka secara percuma) dan ini tak termasuk orang yang bertanya sekadar mahu menguji pengetahuan kau dengan persoalan perisian yang kau tak pernah dengar.

Orang/kawan hanya akan mencari kau jika mereka mengalami masalah berkenaan dengan komputer mereka.Selain dari itu?Kenduri cukur jambul pun belum tentu mereka jemput kau.

Industri komputer bukan untuk aku lagi.terlalu banyak alasan yang akan aku berikan.yang paling mudah, kita tak boleh hendak puaskan hati semua orang.

Nasib baik DELL mempunyai laman web yang bagus.Jadi aku hanya perlu ‘redirect’ segala orang-orang sebegini ke laman web DELL sahaja.

**”laptop aku tak boleh sambung ke koneksi wireless.Tekan button on pun tak bernyala.”

*”cuba plug kan laptop kau ke soket elektrik.mungkin sudah kehabisan bateri..”

**”tak mungkin!laptop aku ini kan wireless!”

**kebodohan nyata yang tak mungkin aku dapat terima untuk selamanya


Category: 2 comments
VOTE ONLINE PRU13:
"Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Popular Posts