FRENSZONE buat duit sambil mencari kenalan





frenszonefrenszonefrenszonefrenszoneFrensZone Member



SERTAI FRENSZONE SEKARANG!!! DAN MULA MENJANA DUIT SAMBIL MENCARI KENALAN…

FRENSZONE merupakan social networking website yang MEMBAYAR kepada member-member mereka apabila anda menggunakan perkhidmatan mereka!

Adakah anda tahu???
1) Myspace membuat hampir USD25 juta setahun
2) Friendster membuat hampir USD20 juta setahun
3) FaceBook membuat hampir USD8 juta dengan pengiklanan sendiri

Ahli-ahli mereka tidak mendapat apa-apa daripada mereka kecuali kenalan, inviting friends, writing the blogs dan uploading the photos and videos sahaja!

Sekarang, Frensnzone merupakan ahli terbaru website seperti myspace,friendster,dan facebook tetapi mereka terbalik… Mereka yang akan membayar anda!!!

FrensZone adalah satu laman web sosial generasi baru yang sebenarnya. Jika anda menyertai sebagai seorang ahli, anda dibayar untuk aktiviti-aktiviti didalam laman ini.


Anda akan mula mendapat bayaran apabila anda:-

1.Menjemput kawan-kawan untuk menyertai bawah anda

2.Mewujudkan kumpulan, blog, peristiwa/cerita, iklan

3.Mengadakan poll untuk ahlinya mengundi

4.Mengumumkan acara atau aktiviti-aktiviti akan datang

5.Muat naik gambar-gambar, video-video dan MP3

6.Memberi undian profail dan gambar ahli

7.Meninggalkan komen-komen mengenai ahli lain


FRENSZONE ADALAH LAMAN WEB SOSIAL YANG PATUT ANDA SERTAI. MEMBUAT DUIT SAMBIL MENCARI KENALAN. LEBIH RAMAI ANDA MENJEMPUT RAKAN-RAKAN, BERMAKNA LEBIH BANYAK WANG YANG ANDA AKAN ANDA TERIMA...MENYUMBANG 0.50 USD SETIAP KENALAN BARU!!!

JOM JOIN RUGI KALAU TAK JOIN TAU...
Category: 0 comments

Bleach Opening 7 & Ending 17

After Dark - Asian Kung-Fu Generation


Hitohira no Hanabira by Stereo Pony PV
Category: 0 comments

Ikimono Gakari - Blue Bird Naruto Shippuuden opening 3

Category: 0 comments

BUAT DUIT ONLINE (A.W Survey)

BUAT DUIT ONLINE BUKAN

SKIM CEPAT KAYA!"

Buat duit online dengan survey.. dengan hanya membuat survey anda akan dapat sehingga USD10. kalau nak lebih. promote link anda pada orang..seorang dibayar USD1.50.

Betol ker boleh mendapat duit? Tak percaya? Aku pun tak berapa percaya.. sbb aku baru nak mencuba... tapi dari pembacaan aku.. mcm ada yg dah dapat duit.. tp aku ni jenis yg susa nak percaya.. Aku lebih suka mencuba dahulu... kalau berjaya.. ok lah.. kalau tak berjaya pun.. tak rugi apa... rugi masa jer sikit... mari sama2 mencuba... klik link di bawah utk mendaftar percuma dan mendapat USD $6..

Jangan lupa untuk promote link anda untuk mendapat keuntungan maksimum..



Buat Duit Online dengan mengisi survey dengan AW Surveys. Program ini agak mudah kedengaran.. aku pun tak berapa nak percaya.. tapi ada yang tunjuk bukti duit dah masuk paypal... tengok gambar bawah ni.. Bukan aku punya.. Aku kelepet orang punya tu..

[aw.jpg]



p/s : bukan senang mau senang... tapi jika anda rasa anda bersedia dengan cabaran-cabaran buat duit online... teruskan... mulakan dengan program yang percuma... cari ilmu sebanyak mungkin tentang bisnes online...
Category: 0 comments

LAPORAN KHAS, KEMPEN "CELIK DUIT INTERNET" - 18 MAY 2007

Kepada rakan yang dikasihi..


Pada 12 April 2007 yang lalu, majlis fatwa kebangsaan telah sebulat suara memutuskan, bahawa pelaburan internet adalah haram di sisi agama islam. Kenyataan ini telah serba sedikit menggembirakan saya, kerana sejak dahulu lagi telah saya ketahui, skim-skim pelaburan yang dijalankan di internet ini sebenarnya adalah merupakan skim ponzi alaf baru yang hanya bertujuan untuk menipu masyarakat yang sememangnya terlalu mudah percaya dengan angan-angan untuk menjadi kaya dengan cepat.


Pengharaman tersebut juga telah serba sedikit menyedarkan beberapa pihak yang telah terjebak ke dalam perangkap skim pelaburan tipu tersebut untuk cepat-cepat kembali ke jalan yang betul dan mengeluarkan diri mereka dari terus hanyut dan menjadi barua kepada
komplot penipuan tersebut.

Ditambah pula dengan liputan-liputan serta pendedahan yang dilakukan oleh pihak media, maka, semakin ramailah masyarakat yang tersedar dan mula berhati-hati dengan peluang-peluang membuat duit melalui inernet ini.



Namun begitu, sesuatu yang sedikit mengecewakan. Ramai masyarakat yang terkeliru dengan istilah PELABURAN INTERNET dengan PERNIAGAAN INTERNET. Pada mereka, apa-apa sahaja perkara yang berkaitan dengan "Buat Duit di Internet" adalah tipu
dan tidak boleh dipercayai. Lebih menyedihkan lagi, bukan masyarakat biasa sahaja yang terkeliru dengan 2 perkara ini, malah pihak-pihak yang dianggap sebagai pihak yang handal ICT, seperti Pusat Keselamatan Siber Malaysia juga turut terkeliru mengenainya.


Membuat duit atau menghasilkan pendapatan melalui internet sebenarnya bukanlah sesuatu yang mustahil. Malah terdapat ramai individu-individu di dunia amnya dan di Malaysia khususnya, telah berjaya menghasilkan duit yang banyak menerusi internet. Antara nama yang paling dikenali ramai adalah Dr. Irfan Khairi . Beliau, telah berjaya menjadi jutawan dengan
hanya menjalankan perniagaan di internet.... diulangi.. PERNIAGAAN INTERNET.... atau perlukah saya mengejakannya?

P . E . R . N . I . A . G . A . A . N ... bunyinya apa?... PERNIAGAAN ... (pandainyeeeee~~~ anak sapa ni~~?)


Untuk memberikan lebih kefahaman tentang "KAEDAH-KAEDAH SEBENAR BUAT DUIT DI INTERNET " , izinkan saya menjelaskannya kepada anda. Diharapkan anda dapat melapangkan dada dan mengosongkan fikiran anda terlebih dahulu dari segala tanggapan-tanggapan serta cerita-cerita yang pernah anda dengar sebelum ini tentang

"BUAT DUIT DI INTERNET".


Secara keseluruhannya, terdapat 3 kaedah /
cara membuat duit di internet, iaitu :-


  1. Perniagaan Internet

  2. Program Internet

  3. Pelaburan Internet


1) Perniagaan Internet


Satu kaedah yang paling pasti untuk membolehkan anda
membuat duit di internet adalah dengan menjalankan perniagaan anda di
internet. Perniagaan internet tidak jauh berbeza konsepnya dengan
perniagaan konvesional. Anda masih memerlukan produk untuk dijual dan
memerlukan pelanggan untuk membeli. Apa yang berbeza hanyalah proses
transaksi urusniaga tersebut, dimana, transaksi tersebut dijalankan
secara online. Pihak pembeli dan penjual tidak bersemuka dan berada
beribu-ribu batu jauhnya.


Perniagaan internet pula boleh dibahagikan kepada 2
bentuk. Iaitu , sama ada "perniagaan yang berasaskan" produk ataupun
"perniagaan yang berasaskan perkhidmatan".


Perniagaan Berasaskan Perkhidmatan



Antara contoh-contoh perniagaan internet yang
berasakan perkhidmatan adalah seperti :-


  • Perkhidmatan rekabentuk grafik (logo, banner, cover ebook)

  • Perkhidmatan membina website

  • Perkhidmatan memasang perisian.

  • Perkhidmatan webhosting

  • Perkhidmatan menulis & menterjemah artikel


Perniagaan Berasaskan Produk


Bagi perniagaan internet yang berasaskan produk pula,
ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis produk. Iaitu, sama ada produk
fizikal ataupun produk digital.


Antara contoh perniagaan-perniagaan internet yang
berasaskan produk adalah seperti:-

Produk Fizikal
  • Menjual Tikar

  • Menjual Alat Penjimatan Eletrik

  • Menjual Buku

  • Menjual Peta

  • Menjual Model Kapal Terbang

  • Menjual Menjual CD multimedia

  • Menjual Cadar



    Produk Digital
  • Menjual Ebook

  • Menjual Perisian-perisian

  • Menjual MP3 ceramah-ceramah pembelajaran.

  • Menjual Gambar-gambar/ grafik profesional

  • Menjual video-video tutorial

  • dan bermacam-macam lagi...


Perniagaan-perniagaan internet seperti ini adalah benar dan jarang sekali ada yang menipu. Jika ada yang menipu pun peratusannya agak kecil (Sama seperti perniagaan konvensional, ada juga
peniaga-peniaga yang melakukan penipuan di dalam perniagaan mereka.).
Peniaga internet menggunakan internet dengan sepenuhnya untuk memasarkan produk-produk mereka. Jadi! adakah mustahil untuk anda membuat duit di internet dengan melakukan perniagaan di internet? Sudah pastinya tidak mustahil sama sekali. Anda BOLEH buat duit di internet dengan menjalankan PERNIAGAAN Internet!

Perniagaan di internet adalah sama seperti perniagaan konvensional. Rukunnya sama.. ada penjual, ada pembeli dan ada produk. Di dalam Perniagaan Internet.... tiada istilah labur duit, goyang kaki dan kemudiannya jadi kaya.

Untuk membina sebuah perniagaan internet yang berjaya bukanlah sesuatu yang terlalu mudah. Ia memerlukan usaha yang gigih dan juga ilmu pengetahuan yang tinggi, terutamanya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan dunia perniagaan. Untuk membina sebuah perniagaan internet yang
berjaya, anda perlu mempunyai ilmu mengenai "Niche Market Research", "Product Development", "Web Development", "Internet Marketing", "Search Engine Optimization(SEO)", "Sales Letter Writing ", "Web Credibility", "Traffic Generation" dan bermacam-macam lagi ilmu yang perlu dipelajari dan diketahui..... Membangunkan perniagaan internet, bukanlah semudah
membangunkan website dan meletakkannya di internet sahaja.. ia lebih dari itu. Jadi, sememangnya tiada istilah "Duduk Diam Dapat Duit" di dalam dunia perniagaan internet.


Jika anda berminat untuk mendalami serta berkongsi ilmu tentang cara-cara membina perniagaan di internet yang betul, sertailah komuniti kami di http://www.wangcyber.com/, banyak tips-tips serta ilmu yang membincangkan tentang cara-cara membina perniagaan internet yang berjaya dikongsikan di website tersebut.


2) Program Internet



Kaedah kedua untuk membuat duit di internet adalah melalui program-program internet.Kaedah ini adalah lebih mudah untuk dilakukan jika dibandingkan dengan kaedah yang pertama iaitu "membina perniagaan internet".


Program internet ini pula. boleh dikategorikan kepada
beberapa jenis, iaitu :-


  • Program Pengiklanan

    • Google Adsense

    • Text-Links-Ads

    • Bidvertiser

    • Nuffnang

    • Advertlets


  • Program Affiliate

    • Clickbank

    • Commision Junction

    • PayDotCom

    • Amazon.com


  • Internet MLM



    Get Paid To Program

    • Get Paid to Read Email

    • Get Paid to Surf

    • Get Paid to Survey

  • Randomizer

  • Forced Matrix


Program Pengiklanan


Program pengiklanan seperti google adsense, bidvertiser, text-link-ads , nuffnang dan
yang lain-lain, adalah merupakan sebuah program pengiklanan yang menghubungkan antara "pihak penerbit iklan" dengan "pihak pembeli iklan". Jika anda ingin membuat duit di internet menerusi program pengiklanan ini, anda perlulah menjadi pihak "Penerbit Iklan", atau
lebih dikenali sebagai "Publisher".


Sebagai seorang "publisher", anda dikehendaki untuk menyediakan sedikit ruang di website anda, untuk diletakkan iklan-iklan dari program-program pengiklanan yang anda sertai. Pihak penganjur program pengiklanan seperti google, text-links-ads, bidevrtiser dan sebagainya, akan membayar anda berdasarkan kaedah yang ditetapkan, iaitu sama ada mengikut bilangan klik , bilangan paparan atau pun mengikut kiraan hari berapa lama iklan tersebut di paparkan di website anda.

Duit yang digunakan untuk membayar anda itu pula, sebenarnya, bukanlah datang dari pihak penganjur, tetapi duit-duit tersebut, sebenarnya datang dari pihak-pihak pembeli iklan (pihak-pihak yang ingin mengiklankan website/produk mereka). Jadi, disini, jelas dapat di lihat dari mana sumber datangnya duit tersebut dan kemana ia disalurkan. (Dari poket pembeli iklan, ke penganjur program, dan seterusnya ke poket anda, kerana sudi memaparkan iklan mereka).

Program Affiliate

Di dalam perniagaan konvensional, ada sesetengah pemilik perniagaan yang melantik jurujual-jurujual serta agen-agen untuk membantu mereka mempromosikan serta menjual produk mereka kepada orang ramai. Agen-agen yang berjaya membuat jualan pula, akan diberikan
sedikit komisyen hasil daripada harga jualan produk tersebut.

Di internet, jurujual-jurujual serta agen-agen ini, dipanggil "affiliate".

Manakala, program affiliate pula, ialah sebuah program yang disediakan oleh pemilik-pemilik website perniagaan, bagi melantik individu-individu seperti anda untuk menjadi agen mereka.
Proses pendaftaran sebagai agen kepada sesebuah program affiliate ini biasanya adalah percuma. Anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk mendaftar sebagai agen mereka.

Setelah mendaftar sebagai agen di dalam sesebuah program affiliate, anda akan dibekalkan dengan satu URL yang mempunyai ID anda. Tugas anda, hanyalah mempromosikan URL tersebut. Apabila ada orang yang meng"klik" pada URL anda dan kemudiannya, membeli produk yang dijual di website tersebut, anda akan diberikan komisyen.

Itulah penerangan ringkas mengenai program affiliate, anda mendaftar sebagai agen di sesebuah website yang menjalankan "perniagaan internet", dan kemudiannya, mempromosikan URL affiliate ID anda. Jika ada pembeli, anda akan diberikan komisyen.


Satu ciri utama yang perlu anda tahu tentang program affiliate ialah, program affiliate yang sah tidak mempunyai banyak tingkat (tier). Maksimun tingkat (tier) yang dibenarkan untuk program affiliate hanyalah 2 tingkat (2nd tier) sahaja. Ini
kerana, program affiliate lebih mengutamakan kepada jualan produk dan komisyen yang diberikan juga adalah berdasarkan hasil bilangan jualan produk, dan bukannya dari bilangan "downline" yang diperolehi. Jadi, jika ada website yang mendakwa mereka menjalankan program affiliate dan peringkat (tier) affiliate mereka lebih dari 2, iaitu kadangkala sehingga mencecah 5-8 peringkat. Usah sertai! Itu adalah skim piramid yang cuba memperbodohkan anda dengan istilah "Affiliate Program" .


Internet MLM


Kini, Industri MLM "Multi-Level-Marketing" juga tidak ketinggalan untuk menggunakan internet sebagai sebuah medium pemasaran. Banyak syarikat-syarikat MLM yang telah mempunyai website mereka sendiri serta turut menyediakan kemudahan pejabat secara maya untuk kegunaan ahli-ahli mereka.

Namun begitu, industri MLM pada masa kini sudah agak parah, ini kerana banyak syarikat-syarikat MLM telah dijangkiti oleh skim-skim piramid yang seringkali menggunakan "lesen AJL" untuk sesebuah syarikat MLM sebagai topeng mereka.

Komisyen yang sepatutnya dibayar berdasarkan
"jualan produk" kini sudah ditukar dan dibayar berdasarkan "bilangan
agen baru" yang dapat ditaja.
Jadi, tidak hairanlah jika dilihat, mengapa penggiat-penggiat MLM masa kini, bermati-matian mencari ahli baru untuk di jadikan downline mereka daripada memasarkan & menjual produk-produk keluaran syarikat MLM itu sendiri.

Ayat-ayat jualan yang sepatutnya menerangkan tentang keistimewaan produk seperti "Produk ini berkualiti! berkhasiat dan dijamin halal" kini ditukar kepada "Jadilah jutawan MLM tanpa perlu menjual produk, tanpa perlu membuat "maintain" bulanan dan juga tanpa perlu datang mesyuarat setiap minggu!", "Hanya perlu daftar jadi ahli dengan yuran RMXXX dan cari 2-3 orang rakan sahaja! dan anda akan menjadi jutawan dalam masa beberapa bulan!"



Jadi, berhati-hati lah jika anda ingin menyertai mana-mana syarikat MLM di zaman ini, mempunyai "Lesen AJL" dari kementerian perdagangan sahaja belum mencukupi untuk membuktikan mereka adalah sebuah syarikat MLM yang tulen. Ini kerana, banyak syarikat-syarikat MLM yang mengemukakan pelan pemasaran yang berbeza sewaktu mereka ingin memohon lesen dari kementerian. Selepas dapat lesen, lain pula pelan pemasarannya. Sebab itulah, anda boleh lihat, pelan pemasaran yang diterangkan di dalam ceramah-ceramah mereka amat berbeza sekali dengan pelan pemasaran yang tercatat di dalam booklet keahlian mereka.


Saya pernah menulis dengan panjang lebar mengenai "Skim Piramid yang bertopengkan MLM" ini, untuk bacaan lebih lanjut, anda boleh lihat disini

http://www.wangcyber.com/forum/showpost.php?p=2657&postcount=2


Program "Get Paid To..." (GPT)


Ini satu lagi kaedah buat duit di internet, tetapi terus terang saya katakan, program-program ini, kebanyakkannya adalah tipu dan hanya akan membuang masa anda. Ada sesetengah programGPT ini, yang menawarkan anda sehingga USD100 untuk anda membaca setiap email
yang dihantar. Usah mudah percaya dan kelabu mata, tanya dulu.. "Dari mana mereka dapat duit untuk membayar USD 100 kepada anda bagi setiap email?". Dari pihak pengiklan? Maaf cakap, tapi dalam dunia perniagaan, tiada peniaga yang sebodoh itu yang sanggup membayar USD100 kepada setiap orang yang membaca email iklan mereka.


Tujuan sebenar penganjur program-program "get paid to.." ini sebenarnya hanyalah untuk mendapatkan alamat email anda dan kemudiannya menjualkannya kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawap. Akibatnya, inbox email anda akan menerima banyak email-email SPAM (email tidak diundang) yang mengandungi iklan-iklan seperti viagra, pil ectasy, dadah, website lucah, software murah serta seseorang yang mendakwa dirinya pentadbir harta kerajaan nigeria yang baru sahaja kematian raja.


Jadi, usah membazirkan masa anda dengan program-program seperti ini. Tiada orang yang menjadi kaya hasil menyertai program-program seperti ini.


Program Randomizer


Ini pula satu program buat duit di internet yang menggabungkan "skim cepat kaya" & "program perjudian". Untuk membuat duit dari program ini, anda perlu "menderma" dan sekaligus mendaftar sebagai ahli mereka, dan kemudiannya, anda dikehendaki mencari rakan yang lain untuk turut "menderma" (menjadi mangsa) ke dalam program ini.



Kepada siapa wang anda perlu di"derma"kan? Pertama, kepada penganjur program tersebut, kedua.. kepada individu yang menjemput anda untuk menyertai program ini.. dan ketiga... kepada mana-mana ahli yang akan dipilih secara rawak oleh sistem. Ikut nasib... kalau nama anda terpilih, maka dapatlah duit.. kalau tidak.. cari lagi "mangsa" yang lain.


Program Forced Matrix



Ini pula skim piramid yang dijalankan di internet secara terang-terangan. Tetapi ramai yang tertipu dengan perkataan "forced matrix" yang digunakan, konon-kononnya, ianya adalah sebuah program yang canggih, maklumlah namanya pun sudah canggih. Hakikatnya,
ianya adalah skim piramid. Di dalam program forced matrix ni, mangsa dikehendaki membayar duit sebagai ahli dan kemudiannya mencari 2-10 orang untuk dijadikan downline mereka. Mereka akan menyusun 5 orang pada level 1 dibawah mereka, setelah lengkap level 1 dengan 5 orang mangsa, maka mangsa yang ke-6 akan diletakkan di level ke-2 pula, pada level
kedua ini, mereka perlu mencari seramai 25 orang mangsa. Begitulah seterusnya, semakin banyak level, semakin banyaklah mangsa yang diperlukan. Apa yang ahli-ahli program forced matrix ini tidak sedar ialah, program ini sebenarnya akan menjadi tepu pada level yang ke-13,
itu pun jika seluruh penduduk dunia menyertainya. Tetapi, selalunya, ia akan tepu pada level yang ke 6 & 7. Mengapa? sebabnya.. tidak ramai orang-orang yang "bodoh" di internet yang mahu menyertai program-program seperti ini. Yang peliknya, mereka yang kurang bijak yang menyertai skim ini akan berkata "Tidak mengapa! Kita perlu berusaha dengan lebih kuat
lagi mempromosikan program ini, insyallah... segala usaha kita akan berhasil!"... Usaha apanya? Program dah tepu... nak usaha apa lagi?

Berikut adalah ilustrasi susunan ahli skim piramid
yang digunakan oleh program "forced matrix 5"






Apabila program ini tepu pada level ke 6 (sebab tiada lagi orang "kurang pandai" yang dapat diperdayakan) , maka, 55,944 orang akan rugi (level 3-6) dan hanya 42 orang sahaja yang akan untung (level 1 - 2). Jadi, nasihat saya, jauhkan diri anda dari program-program
seperti ini, ini kerana, anda tidak akan tahu di level mana anda berada apabila anda menyertai program tersebut.


3) Pelaburan Internet



HYIP (High Yield Investment Program)



Ini pula adalah kaedah yang paling-paling disukai dan digilai oleh ramai orang, terutamanya rakya Malaysia... . Campak duit!... Goyang Kaki! Cukup bulan.. duit berkepul-kepul masuk ke dalam akaun bank! Nak lagi banyak? Ajak kawan-kawan sekali, jemput semua sekali orang kampung masuk melabur!

Peduli apa pihak penganjur buat dengan duit tersebut?
Peduli apa mereka itu ada lesen ke tidak?
Peduli apa halal ke haram?

Yang penting..... cukup bulan.. CONFIRM dapat untung sekian-sekian peratus!

HYIP, Swisscash, E-Barrel, ABFund dan apa-apa sahaja website yang menjanjikan anda keuntungan tetap, adalah beberapa contoh website yang menawarkan skim PELABURAN INTERNET ini. Mereka tidak mempunyai lesen, dan mengambil deposit daripada masyarakat secara haram.


Inilah kaedah buat duit di internet yang di"HARAM"kan oleh majlis fatwa kebangsaan pada 12 April 2007 lepas. Suatu pelaburan yang dijalankan menerusi internet... atau nama sebenarnya, SKIM CEPAT KAYA ALAF BARU.


Duit yang dilaburkan sebenarnya hanya dipusing-pusingkan. Duit-duit dari pelabur X, Y, Z akan diberikan kepada pelabur-pelabur A, B, C yang merupakan orang-orang yang terawal melabur
di dalam pelaburan haram ini. Dan, apabila pelabur-pelabur A, B, C ini mendapat wang keuntungan sepertimana yang dijanjikan oleh penganjur pelaburan haram ini (yang sebenarnya sengaja diberikan untuk menguatkan kepercayaan orang ramai). Maka, akan semakin riuhlah pelabur-pelabur A, B, dan C ini mengkhabarkan yang mereka kononnya telah memperolehi
keuntungan yang berlipat ganda dari pelaburan mereka di dalam skim pelaburan haram tersebut.

"Tengoklah berapa banyak duit aku dah dapat hasil daripada pelaburan ini, mana ada tipu? Kalau tipu, takkan aku boleh dapat duit banyak begini?" kata pelabur A


"Sertailah kami, usah dengar kata-kata rakan-rakan anda itu, mereka itu semua melayu yang berfikiran rendah, busuk hati & pendengki! Tidak boleh tengok orang senang sikit! " kata pelabur B

"Haram konon.... boleh jalanlah dengan haram kau! Kalau nak haram.. haramkan semuanya!" kata pelabur C yang cuba menghalalkan perkara yang haram.

Saya tidak mahu bercerita panjang mengenai pelaburan haram ini disini, saya sudah letih, jika anda ingin membaca kupasan lebih lanjut mengenai pelaburan haram ini, anda boleh lawati
website-website berikut :-

Penipuan Pelaburan Internet

Pelaburan Internet - SCAM!

Senarai Pelaburan Internet dan Bukti Kepalsuan Mereka


Apa yang pasti, kini dalang-dalang skim-skim pelaburan haram & cepat kaya ini sedang mencari-cari taktik yang baru untuk meneruskan lagi kegiatan penipuan mereka. Dengar kata, mereka kini sedang sibuk pula membuat website-website pelaburan yang baru, untuk website yang terbaru ini, mereka tidak lagi memberikan pulangan "tetap", tetapi pulangan diberikan, berdasarkan "prestasi" pelaburan pula!. Apabila ditanya, Dimana wang pelabur dilaburkan?.. Mana lesen pelaburan? Mana laporan pelaburan tahunan? "Oh! itu tidak boleh di dedahkan.. itu rahsia strategi pelaburan kami!" alasan ringkas yang mereka berikan untuk sekali lagi memperbodohkan masyarakat.


Nasihat saya kepada anda! Jika ada peluang-peluang buat duit yang ditawarkan kepada anda, lebih-lebih lagi jika mereka meminta wang dari anda (sama ada berbentuk yuran keahlian / wang pelaburan) dan kemudiannya, meminta anda MENCARI ORANG lain untuk membolehkan anda mendapatkan keuntungan yang besar dalam masa yang singkat. Berhati-hatilah...ops! maaf! Bukan berhati-hati.. tetapi larilah jauh-jauh sekuat-kuatnya.


Selidik terlebih dahulu dari mana asalnya wang keuntungan yang anda perolehi itu? Oh! yer... apabila saya menyuruh anda membuat "selidikan" , ia bukanlah bermaksud, membaca segala maklumat yang terdapat di website mereka dan kemudiannya mempercayainya 100%.


Tetapi apa yang saya maksudkan dengan perkataan "selidik" ialah , selidik terlebih dahulu modus operandi mereka, dari mana sumber duit tersebut datang, dan ke mana duit tersebut pergi. Apa yang menyebabkan mereka boleh memberikan anda keuntungan yang tinggi
dalam masa yang singkat?. Tetapi jika anda terlalu daif untuk membuat selidikan, tanyalah dan rujuklah kepada rakan-rakan lain yang lebih arif. Dimana hendak mencari rakan-rakan yang lebih arif mengenai topik BUAT DUIT DI INTERNET? , wangcyber.com
adalah salah satu tempat yang terbaik.

Pelaburan Forex

Satu lagi pelaburan yang menjadi kegilaan orang ramai pada waktu ini, (terutamanya bekas-bekas mangsa Autosurf & HYIP) ialah pelaburan forex menerusi internet. Untuk makluman anda, pelaburan forex adalah merupakan satu pelaburan yang sangat berisiko tinggi. Malahan,
pihak kerajaan serta pihak Bank Negara Malaysia tidak membenarkan mana-mana individu serta syarikat di malaysia untuk menjalankan urusniaga forex ini. Hanya beberapa institusi perbankan sahaja yang dibenarkan dan mempunyai lesen untuk menjalankan urusniaga forex
tersebut. Antaranya Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Pos Malaysia Berhad dan juga Bank Simpanan Nasional.



Oleh itu, apa yang dilakukan oleh individu-individu yang mempunyai "keghairahan" yang tinggi terhadap pelaburan forex ini , mereka mencari dan menggunakan website-website broker dari luar negara untuk menjalankan urusniaga forex mereka.



Namun begitu, apa yang mereka tidak sedar, kebanyakkan website-website broker tersebut adalah scam dan tidak berlesen.



Jadi, kepada mereka yang "keghairahan" sudah tidak boleh ditahan-tahan lagi daripada bermain forex, berhati-hatilah apabila anda ingin memilih website-website broker untuk melabur di dalam forex.


Pelaburan Saham di Bursa Malaysia menerusi Internet


Bank-bank di malaysia seperti Maybank, CIMB , RHB dan lain-lainnya telah melangkah setapak lagi di dalam mengoptimunkan penggunaan internet di dalam perniagaan mereka. Ini kerana, bank-bank tersebut, telah berjaya menyediakan kemudahan kepada pelanggan-pelanggannya melakukan urusan jual beli saham di Bursa Malaysia hanya melalui internet , menerusi laman web mereka.

Untuk menjalankan urusniaga (bermain) saham di Bursa Malaysia menerusi internet ini, anda perlu membuka akaun perdagangan (Trading & CDS Account) anda dimana-mana cawangan bank Maybank / CIMB / RHB berdekatan anda.

Namun begitu, perlu difahami, pelaburan saham di Bursa Malaysia mempunyai risiko yang agak tinggi juga. Jadi, pastikan anda mempunyai ilmu yang secukupnya sebelum melaburkan wang anda di pasaran saham tersebut.

Pelaburan saham ini tidak ada kaitannya dengan "PELABURAN INTERNET" yang telah saya nyataan di atas, ia adalah pelaburan saham yang biasa di Bursa Malaysia, cuma kini, semua urusniaga jual beli saham tersebut, boleh dilakukan menerusi internet.

Jadi, pelaburan saham di bursa malaysia yang dijalankan menerusi internet ini bolehlah dikatakan selamat & benar, kerana anda melabur di Bursa Malaysia yang sememangnya sudah diiktiraf urusniaganya oleh bank negara malaysia.


Kesimpulan

Kesimpulannya... BUAT DUIT DI INTERNET bukanlah satu
perkara yang ajaib dan penuh dengan tipu daya!. Ianya tidak mustahil dan
telah pun dilakukan dengan jayanya oleh ramai orang. Malahan, di
Malaysia, terdapat ramai individu yang telah berjaya menjana pendapatan
di internet. Alang , Shuth, Gobala, Zamri Nanyan, Kidino, Saifulsham, Smartzul,
Galadriel, Mohd Sufian, Liew CF, Gaman, Tuah Emas, Labanon, Tazilan,
Sham , Bitol , Patric Chan, Sunny Tan , Azhar dan ramai lagi yang tidak mampu

untuk saya senaraikan semuanya disini... adalah antara rakyat malaysia yang telah berjaya membuat duit di internet melalui PERNIAGAAN INTERNET mereka masing-masing



Jadi.. usah lagi terkeliru. antara PERNIAGAAN INTERNET & PELABURAN INTERNET. Ianya adalah 2 kaedah buat duit di internet yang amat jauh berbeza. Kami di
WangCyber.com amat-amat menggalakkan masyarakat di malaysia membina & menjalankan PERNIAGAAN INTERNET mereka masing-masing, dan kami di wangcyber.com juga, menolak dan menentang sekeras-kerasnya PELABURAN-PELABURAN HARAM serta SKIM-SKIM CEPAT KAYA yang wujud di internet.



Dengan penjelasan ringkas saya ini, diharapkan, tiada lagi kekeliruan daripada mana-mana pihak mengenai istilah PERNIAGAAN & PELABURAN Internet serta salah anggapan mengenai hakikat sebenar BUAT DUIT DI INTERNET.



Sekian, salam keusahawanan dari saya..



Wassalam.

Mohd Suhaimy
a.k.a shuth


WangCyber.com Founder

18 May 2007


Anda dibenarkan untuk menyalin dan menyebarkan artikel ini kepada
rakan-rakan anda dengan syarat, isi kandungannya tidak diubah dan
nama penulisnya tidak dibuang. Jika anda merasakan artikel ini mampu
memberikan manfaat, dan dapat membantu menyedarkan masyarakat
tentang hakikat sebenar peluang-peluang buat duit di internet.
Silalah sebarkan artikel ini kepada rakan-rakan anda dengan
meletakkan salah satu banner dibawah di website anda sebagai tanda
sokongan anda terhadap usaha ini. Kerjasama dan bantuan anda amatlah
dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.


Category: 0 comments

PERISTIWA BERDARAH 13 MEI 1969

HARI INI DALAM SEJARAH

PERISTIWA BERDARAH 13 MEI 1969
(SEMOGA MENJADI IKTIBAR KEPADA KITA SEMUA)

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.


Pembangkang meraikan kemenangan

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgup8AkbUqSkC7Xw5O9ia7AoJFsX5Xnq9rSIT8W5BQx3zsimFAanRMMLR0teW46cQsIRWanTh7ryWZXxQBkPDv4lpv69fI0yfQqcKQxotBTxIbShX5RR8JqNXdtxQiktDCPE1WbFsKFxOTi/s320/13mei+-+2.jpg

Perarakan kematian Cina

Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.


Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu. Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chyes elaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.


Rumah Menteri Besar Selangor

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk.

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor.4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.


Rejimen Renjer

Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.


Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina. Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.


Askar Melayu

Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman. Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.


Panggung Odeon

Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.


Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang dan memenggal kepada orang Cina.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM.

Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" dan bukannya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri Melayu seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang Cina di negeri-negeri tersebut kerana habis dibunuh. Kesimpulannya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas pilihanraya (perbezaan politik) dan hanya melibatkan orang-orang Melayu dan Cina di Kuala Lumpur sahaja.

Angka korban

Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.

Di mana Tunku

Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana. 6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain mahjung. Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut.

Mageran

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan.Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku "Dilema Melayu" ("Malay Dilemma") oleh Tun Dr Mahathir telah diharamkan. Dikatakan Tun Dr Mahathir memburuk-burukkan Tunku Abdul Rahman.

Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.

Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera) mendapat tafsiran semula.





Sumber : wikipedia
Category: 0 comments

illusion

Cuba lihat gambar nie beberapa 15 saat

bangun bergerak 2 - 3 tapak kebelakang sambil memandang
gambar.... kelip mata 4 atau 5 kali sambil melihat gambar

illusion was created by Phillippe
G.Schyns and Aude Oliva of the Univ. of Glasgow.



Category: 0 comments

The Best Break-up Letter

A soldier stationed in Afghanistan recently received a letter from his girlfriend back home. It read as follows:

Dear Ricky,

I can no longer continue our relationship. The distance between us is just too great. I'm sorry.

Please return the picture of me that I sent to you.

Love, Becky…………..

The soldier, with hurt feelings, asked his fellow soldiers for any snapshots they could spare of their girlfriends, sisters or ex-girlfriends.

In addition to the picture of Becky, Ricky included all the other pictures of the pretty gals he had collected from his buddies. There were 57 photos in that envelope….along with this note:

Dear Becky,

I'm so sorry, but I can't quite remember who the hell you are.

Please take your picture from the pile, and send the rest back to me.

Take Care,
Ricky

Moral Of Story:

If u cant change ur fate, change ur attitude
Category: 0 comments

World's most complicated railway


Frankfurt Germany
Category: 0 comments

Marketing fundamental

1. You see a gorgeous girl at a party. You go up to
her and say: "I am very rich. Marry me!" - That's Direct
Marketing

2. You're at a party with a bunch of friends and see a
gorgeous girl.
One of your friends goes up to h er and pointing at
you says: "He's very rich. Marry him." - That's Advertising

3. You see a gorgeous girl at a party. You go up to
her and get her telephone number. The next day, you call and
say: "Hi, I'm very rich. Marry me." - That's Telemarketing

4. You're at a party and see gorgeous girl. You get up
and straighten your tie, you walk up to her and pour her a
drink, you open the door (of the car)for her, pick up her bag after
she drops it, offer her ride and then say:"By the way, I'm rich. Will you
marry me?" - That's Public Relations

5. You're at a party and see gorgeous girl. She walks
up to you and says: "You are very rich! Can you marry ! me?" -
That's Brand Recognition

6. You see a gorgeous girl at a party. You go up to
her and say: "I am very rich. Marry me!" She gives you a nice hard
slap on your face. - That's Customer Feedback

7. You see a gorgeous girl at a party. You go up to
her and say: "I am very rich. Marry me!" And she introduces you to
her husband. - That's demand and supply gap

8. You see a gorgeous girl at a party. You go up to
her and before you say anything, another person come and tell
her: "I'm rich. Will you marry me?" and she goes with him - That's
competition eating into your market share

9. You see a gorgeous girl at a party. You go up to
her and before you say: "I'm rich, Marry me!" your wife
arrives. - That's restriction for entering new markets
Category: 0 comments

Types Of Wives

HARD-DISK Wife
She remembers everything, FOREVER.

RAM Wife
She forgets about you, the moment you turn her off.

WINDOWS Wife
Everyone knows that she can't do a thing right, but no one can live
without her.

EXCEL Wife
They say she can do a lot of things but you mostly use her for your
four basic needs.

SCREENSAVER Wife:
She is good for nothing but at least she is fun!

INTERNET Wife:
Difficult to access.

SERVER Wife:
Always busy when you need her.

MULTIMEDIA Wife:
She makes horrible things look beautiful.

CD-ROM Wife:
She is always faster and faster.

E-MAIL Wife:
Every ten things she says, eight are nonsense.

Laptop Wife:
Most desired possession, but always belongs to some one else

VIRUS Wife:
Also known as "WIFE"; when you are not expecting her, she comes, installs herself and uses all your resources. If you try to uninstall her you will lose something, if you don't try to uninstall her you will lose everything.
Category: 0 comments
VOTE ONLINE PRU13:
"Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Popular Posts